IDLI




IDLI

Idli
Idli Sambar.JPG
Idli
Jenis sajianSarapanmakanan ringan, jarang di kala makan malam
Tempat asalIndia Selatan
Suhu penghidanganDihidang panas bersama chutney dan sambal
Bahan utamaKacang dal hitam, beras
VariasiIdli nipis,tatte idli (seperti lempeng), sanna, sambar idli, rava idli

Idli (Kannada: ಇಡ್ಲಿ, Tamil: இட்லி, Telugu: ఇడ్లి, Malayalam: ഇഡ്ലി) antara perumian yang lain adalah idly atau iddlyidlis (kata jamak), merupakan makanan masyarakat selatan India ketika sarapan. Ia juga dipanggil kuih beras kukus dikalangan orang Melayu di Malaysia. Bentuk fizikal seperti kek kecil yang tidak tebal, ia tidak manis dan ia bukan kuih putu piring, walaupun menggunakan beras sebagai bahan asas. Kuih ini sangat popular di serata selatan India, termasuk Karnataka, Tamil Nadu, Pondicherry, Kerala, Andhra Pradesh dan Sri Lanka. Kuih ini juga boleh didapati di restoran-restoran India di Malaysia dan Singapura, kerana susur galur orang India di negara ini adalah kebanyakkan datang dari India Selatan.
Saiz kuih ini dalam ukuran dua ke tiga inci diameter. Bahan untuk membuat kuih ini dari bater campuran kacang dal hitam yang ditapai dan beras, kemudian ia dikukus. Proses penapaian ini membenarkan pemecahan kanji supaya ia boleh dimetabolismakan oleh badan. Kuih ini dihidang bersama chutney dan sambal sebagai bahan pencecah atau perasa.

No comments:

Post a Comment